PRN Melaka: Manifesto Pakatan Harapan Komprehensif, Menyeluruh Untuk Rakyat Melaka, Tolak Amalan ‘Sakau’

IMG_9910

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari bersama Adam Adli dan Khoo Poay Tiong mengetuai sidang media Majlis Pelancaran Manifesto Aspirasi Pakatan Harapan (PH) bertemakan ‘Melaka Rumah Kita’ di Melaka pada 3 November 2026.

MELAKA, 3 Nov – Pelancaran manifesto Pakatan Harapan (PH) yang menawarkan tiga teras utama dan 12 aspirasi menerusi manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dikenali sebagai ‘Melaka Rumah Kita’, berupaya membawa pembaharuan dalam sistem pentadbiran kerajaan negeri selain menolak amalan ‘sakau’ dengan melaksanakan sistem penyampaian lebih telus.

Tawaran berkenaan disifatkan komprehensif dan menyeluruh bagi membawa kesejahteraan dan kelangsungan pendapatan ekonomi rakyat yang dilihat kurang memberangsangkan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sejak 2020.

Menurut Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari menjelaskan, tiga teras utama yang diketengahkan dengan tema ‘Smart Melaka’ iaitu menggerakkan Melaka sebagai Negeri Pintar untuk meningkatkan prestasi penyampaian, menambah kecekapan pentadbiran, menyelaras isu keselamatan dan memaknakan kualiti hidup rakyat.

Ketiga-tiga teras berkenaan dirangka dan dilaksanakan berdasarkan keperluan untuk memudahkan sistem penyampaian dan memastikan perkhidmatan yang lebih cekap serta mesra rakyat tanpa mengira pandangan politik.

“Bagi teras kedua, PH mencadangkan 30 peratus daripada kontrak kerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diperuntukkan kepada golongan belia dan beliawanis bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan, perniagaan dan pengalaman kepada generasi muda tempatan.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari bersama Adam Adli dan Khoo Poay Tiong mengetuai sidang media Majlis Pelancaran Manifesto Aspirasi Pakatan Harapan (PH) bertemakan ‘Melaka Rumah Kita’ di Melaka pada 3 November 2026.

“Teras ketiga pula, kita menyasarkan sehingga tahun 2032, seramai 25 juta pelancong boleh datang ke Melaka dan sekali gus menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan yang lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa,” katanya pada sidang media pelancaran manifesto PH di sini, hari ini.

Sementara itu, lima lagi aspirasi yang digariskan adalah memastikan lalu lintas lebih lancar, selamat dan terhubung; memperkasakan syiar Islam dan institusi agama rakyat; memperkasa kerajaan bersih, telus dan berintegriti; mengusahakan tanah terbiar menjadi sumber rezeki; serta tanah rakyat adalah hak rakyat.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari bersama Adam Adli dan Khoo Poay Tiong mengetuai sidang media Majlis Pelancaran Manifesto Aspirasi Pakatan Harapan (PH) bertemakan ‘Melaka Rumah Kita’ di Melaka pada 3 November 2026.

Pelancaran berkenaan pada hari keempat kempen memberi ruang kepada rakyat meneliti tawaran serta mendapatkan maklum balas mengenai cadangan-cadangan lain serta mengambil peluang kealpaan BN yang hanya akan mengumumkan manifesto mereka, Jumaat ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *