PRN Melaka: Faiq Akui DUN Serkam Kubu BN Tapi PH Komited Bawa Perubahan
Muhammad Faiq Azman membawa suara anak muda yang segar bagi menyaingi calon ‘dinasour’ dari Barisan Nasional (BN) di DUN Serkam pada PRN Melaka ke-16.
JASIN, 2 Nov – Memasuki hari ketiga kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini, calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Faiq Azman mengakui DUN Serkam ialah kubu kuat Umno BN, tetapi yakin pengundi akan menilai keikhlasannya memberi nilai tambah kepada sosioekonomi kawasan yang didakwa diabaikan sejak sekian lama di bawah pentadbiran BN di Parlimen Jasin.
DUN Serkam (N26) mempunyai 21,352 pemilih dan pertandingan tiga penjuru pada PRN Melaka, 14 November ini. Muhammad Faiq berdepan calon BN, Azman Abdullah, serta Muhammad Saffie Md Yasan dari parti ‘kancil’..
Penyandang, Zaidi Attan dari BN yang digugurkan dengan majoriti kecil hanya 79 undi pada 2021, kini bermakna kawasan ini bukan lagi kuat bagi Umno dan terbuka kepada mana-mana calon untuk memenanginya.

Malah, Muhammad Faiq telah turun padang meneliti permasalahan yang dihadapi para nelayan yang tidak diendahkan ADUN terdahulu hingga isu lama terus membelenggu mereka.
“Hari ini kita turun ke Jeti Pantai Siring untuk menyantuni para nelayan serta mendengar sendiri permasalahan dan keluhan yang mereka hadapi.
“Setiap suara dan pandangan mereka amat bermakna. Kita bukan sekadar hadir untuk bertanya khabar, tetapi juga mendengar, memahami dan mencari jalan penyelesaian demi kebajikan serta kesejahteraan komuniti nelayan,” katanya.
Justeru, Muhammad Faiq menekankan isu sosioekonomi yang tidak seimbang walaupun BN lama mewakili kawasan itu.
Ini ditambah lagi dengan calon baharu yang tidak membawa beban rekod lalu boleh menawarkan pendekatan segar. Justeru, para pengundi, terutama golongan muda dan penduduk luar bandar, mahu pembelaan yang boleh dilihat, bukan sekadar hanya membuta tuli mengundi parti yang tidak boleh menawarkan jalan penyelesaian sejak sekian lama kawasan itu.
Walaupun Umno mempunyai jentera yang kukuh, calon BN pula baru dinamakan dengan sokongan pengundi tradisional, dan kehadiran parti kancil’ tidak membawa sebarang makna. Pengundi juga akan menilai sejauh mana pembangunan sebenar, bukan berdasarkan retorik semata-mata.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

