PRN Melaka: Dua ‘Bekas Pemimpin’ Bantu Parti ‘Kancil’ Tiada Impak Pada Pengundi

IMG_0049

Dua bekas pemimpin daripada parti politik dan kesatuan sekerja yang membantu kempen parti ‘kancil’ tidak memberi sebarang impak pada PRN Melaka 2026.

MELAKA, 4 Nov – Keputusan dua bekas veteran ‘pencen’ iaitu bekas Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San dan bekas Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Gopal Kishnam yang akan membantu kempen parti ‘kancil’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, tidak memberi kesan terhadap kempen parti-parti lain

Menurut penganalisis, Leong San yang telah keluar daripada DAP pada 2017 tidak membawa pengaruh besar yang dilihat cuba memecahkan undi DAP yang mempertahankan kerusi DUN Kesidang yang pernah diwakilinya dulu.

Sementara Gopal Krishnam pula tiada kekuatan biarpun bersama MTUC pada 2018 apabila bertelagah dengan Setiausaha Agung pertubuhan itu ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah.

Maka, apa sahaja pengumuman dibuat Rafizi Ramli yang kelihatan terdesak setelah kes khalwat membabitkan rakannya di Petaling Jaya, hanyalah tinggal pengumuman kosong sahaja kerana kedua-duanya cuma dilihat mengambil kesempatan pada kempen kali ini.

Biarpun parti ‘kancil’ meletakkan 16 calon daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, ia tidak dapat menandingi kemampuan gabungan lebih besar yang tersusun dan mempunyai struktur di peringkat akar umbi yang tidak dimiliki parti berusia lima bulan itu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *