PRN Melaka: Calon Parti ‘Kancil’ DUN Ayer Keroh Digesa Jelaskan Status Kes SPRM

calon parti ‘kancil’ kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, Muhammad Muhaimin Lau Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka pada 3 November 2023.
MELAKA, 5 Nov – Selama ini, rakyat ‘didodoikan’ dengan pelbagai serangan berbentuk peribadi daripada beberapa pemimpin parti ‘kancil’ seolahnya mereka sahaja yang betul dan pihak lain semuanya disalahkan.
Bagaimanapun, apabila Pakatan Harapan (PH) Melaka meminta calon parti ‘kancil’ kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, Muhammad Muhaimin Lau Abdullah menjelaskan status terkini kes mahkamah berkaitan dakwaan pemalsuan dokumen yang pernah dihadapinya pada 2023, setakat ini belum ada sebarang penjelasan munasabah dikeluarkan.
Pendek kata, penjelasan berkenaan mesti dilakukan bukan setakat ‘membersihkan’ nama yang terpalit, malah rakyat tidak boleh ditipu dengan kes membabitkan calon apatah lagi ketika sedang rancak berkempen di sana sini.

“Saya percaya perkara itu merujuk kepada kes mahkamah pada 2023 apabila calon Bersama (parti kancil) bagi kawasan Ayer Keroh didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan pemalsuan dokumen.
“Sebagai calon, beliau perlu menjelaskan kepada pengundi di DUN Ayer Keroh apakah status terkini kes mahkamah tersebut sebelum mereka membuat keputusan.
“Pengundi mempunyai hak untuk mengetahui perkara sebenar berkaitan kes itu,” katanya Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong dalam sidang akhbar harian PH hari ini.

Berdasarkan pengetahuannya, kes terbabit berlaku ketika calon parti ‘kancil’ itu menjalankan tugasnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat kerajaan negeri.
Menurut rekod, anak syarikat yang dimaksudkan ialah Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd (PPM), dan kes berkenaan timbul pada April 2021, ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN).
Untuk rekod, beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka pada 3 November 2023 atas pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu berjumlah RM56,000 bagi pembelian dua buah kenderaan yang akan dilupuskan.

Beliau didakwa telah mengemukakan satu surat penilaian harga milik syarikat itu bersama lampiran bertarikh 19 April 2021 untuk kepentingan peribadi yang mengandungi butir matan palsu nilai semasa Toyota Fortuner 4WD pada RM36,000 manakala RM20,000 untuk Toyota Hilux berbanding nilai sebenar yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu RM50,000 dan RM35,000.
Kesalahan itu dilakukan di Pembangunan Pertanian Melaka Sdn. Bhd. dalam daerah Jasin pada April 2021.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
