PRN Johor: MB Buat Sidang Media Khas Petang Ini

Kediaman rasmi Menteri Besar, Saujana akan menjadi tumpuan apabila sidang media khas akan diadakan pada 1 Jun 2026.
JOHOR BAHRU, 1 Jun – Menteri Besar Johor dijadual mengadakan sidang media khas di kediaman rasminya di Saujana, di sini, pada jam 5 petang ini.
Jemputan kepada pihak media bagi membuat liputan sidang media berkenaan diedarkan hari ini, namun butiran lanjut mengenai perkara yang akan diumumkan tidak dinyatakan.
Ia sekali gus menguatkan desas-desus mengatakan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuat petang ini.
Pelbagai pihak mula membuat persiapan lebih awal biarpun DUN Johor sepatutnya terbubar secara automatik pada 21 April 2027 sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.
Mengikut peruntukan undang-undang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh sehingga 60 hari selepas pembubaran DUN untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Ini bermakna PRN Johor ke-16 perlu diadakan selewat-lewatnya sekitar Jun 2027 sekiranya pembubaran berlaku secara automatik.
Pada PRN Johor ke-15 yang berlangsung pada Mac 2022, Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Pakatan Harapan (PH) pula memenangi 12 kerusi dengan DAP memperoleh 10 kerusi, manakala PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi.
Perikatan Nasional (PN) memenangi tiga kerusi dan MUDA memperoleh satu kerusi.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web


