PRK Sungai Bakap: Calon Kerajaan Perpaduan Diumum 12 Jun Ini

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow ketika menyantuni jentera parti pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan bagi PRK DUN Sungai Bakap di Nibong Tebal malam tadi. Foto Facebook Chow Kon Yeow

NIBONG TEBAL, 9 Jun – Kerajaan Perpaduan akan mengumumkan calon mewakili mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap pada hari Rabu, 12 Jun 2024.

Ia diumumkan Pengarah Pilihan Raya Perpaduan ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan PRK N20 Sungai Bakap di Bilik Gerakan Utama Perpaduan di Jalan Besar di sini malam tadi.

Beliau turut menyifatkan kerusi PRK Sungai Bakap sebagai underdog dan jentera harus terus bekerja keras untuk memenangkan calon mewakili Kerajaan Perpaduan.

“Laluan untuk merampas kembali kerusi Sungai Bakap tidak mudah namun dengan semangat dan kebersamaan gabungan Perpaduan, kita yakin dapat merampasnya semula.

”Siapa pun calon nanti, kita minta dia jadi ‘pengantin’..senyum saja, jangan hentam sana sini biar kami juru kempen yang lakukan perkara itu,”katanya.

Sementara itu nama calon tersebut akan dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Perpaduan yang akan berlangsung di ibu negara Selasa depan.

“PH akan umumkan terlebih dahulu calon daripada Perikatan Nasional (PN) dan senarai calon (mewakili Kerajaan Perpaduan) juga sudah dihantar kepada Presiden KEADILAN (Datuk Seri Anwar Ibrahim) selain disaring oleh Majlis Pimpinan Tertinggi.

“Jadi kita akan kemukakan nama calon PKR itu untuk mendapatkan persetujuan dalam kalangan komponen Kerajaan Perpaduan dalam mesyuarat pada hari Selasa sebelum membuat pengumuman rasmi pada Rabu iaitu 12 Jun ini,” katanya.

Pada Khamis lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini.

Kerusi DUN itu kosong susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff, 56, pada 24 Mei lepas semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut.

Susulan itu notis kekosongan kerusi berkenaan dimaklumkan kepada SPR yang akhirnya bermesyuarat pada Khamis lalu bagi pengumuman PRK berkenaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan bagi PRK DUN Sungai Bakap di Nibong Tebal malam tadi.

PRN Pulau Pinang pada 12 Ogos tahun lalu, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *