PRK KKB: Keluar Mengundi 32 Peratus Setakat 12 Tengah Hari

Peratusan keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari ialah 32.51 peratus. Foto Arkib

HULU SELANGOR, 11 Mei – Peratusan keluar mengundi PRK Kuala Kubu Baharu mencapai 32.51% setakat 12 tengah hari, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengundian hari ini melibatkan 39,269 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.

Sebanyak 18 pusat mengundi dibuka mulai 8 pagi sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi, akan ditutup pada 2 petang.

Peratusan keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari ialah 32.51 peratus. Foto Arkib

Penjumlahan undi pula akan berlangsung di Dewan Serbaguna dan Komplek Sukan Daerah Hulu Selangor dan keputusan rasmi dijangka diumumkan seawal jam 9 malam.

PRK itu menyaksikan saingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan Pang Sock Tao, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (bebas).


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *