Polis Tawau Tinjau Aspek Keselamatan, Keperluan Penugasan Di CIQS

Polis Tawau Tinjau Aspek Keselamatan, Keperluan Penugasan Di CIQS

Pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menjalankan tinjauan dan pemantauan aspek keselamatan di CIQS Lama dan Baharu Tawau pada 29 September 2026. Foto Polis Daerah Tawau

TAWAU, 29 Sep – Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Rosdi bin Mat Jusoh mengadakan lawatan kerja ke CIQS Lama dan Baharu Tawau bagi meninjau keadaan semasa serta melihat keperluan penugasan dan aspek keselamatan di kedua-dua lokasi berkenaan, pagi tadi.

Lawatan berkenaan bertujuan untuk mendapatkan gambaran lebih menyeluruh berkaitan pengoperasian di lapangan, selain memastikan penyelarasan tugas dan kerjasama PDRM dengan agensi berkaitan terus diperkukuhkan.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Wilynton Enchana Watt serta ketua-ketua bahagian dan pegawai kanan polis yang turut bersama meninjau keadaan di CIQS Lama bagi melihat keperluan penugasan anggota, khususnya dalam aspek kawalan keselamatan dan pemantauan pergerakan keluar masuk orang ramai.

Pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menjalankan tinjauan dan pemantauan aspek keselamatan di CIQS Lama dan Baharu Tawau pada 29 September 2026. Foto Polis Daerah Tawau

Rombongan turut meninjau pergerakan keluar masuk penduduk setempat, termasuk dari kawasan pulau Sebatik bagi mendapatkan gambaran sebenar berkaitan keperluan kawalan dan pemantauan di lokasi berkenaan.

Lawatan kemudiannya diteruskan ke CIQS Baharu, khususnya kawasan pelepasan Terminal Feri antarabangsa bagi meninjau keadaan persekitaran serta keperluan berkaitan aspek keselamatan dan penugasan.

Dalam lawatan itu, aspek penambahbaikan tugas dan keperluan di lapangan turut diberi perhatian bagi memastikan kawalan keselamatan serta pemantauan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, khususnya dalam menghadapi cabaran berkaitan jenayah rentas sempadan.

Pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menjalankan tinjauan dan pemantauan aspek keselamatan di CIQS Lama dan Baharu Tawau pada 29 September 2026. Foto Polis Daerah Tawau

Usaha berkenaan juga penting bagi memastikan CIQS sebagai salah satu laluan keluar masuk utama negara terus berada dalam keadaan selamat dan terkawal, sekali gus membantu mengekalkan keselamatan serta ketenteraman awam di kawasan sempadan khususnya di daerah Tawau.

Pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menjalankan tinjauan dan pemantauan aspek keselamatan di CIQS Lama dan Baharu Tawau pada 29 September 2026. Foto Polis Daerah Tawau

Sumber: Polis Daerah Tawau

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web