Polis Panggil Azmin Atas Kenyataan Di DUN Selangor

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor Azmin Ali dipanggil ke IPD Shah Alam esok. Foto Arkib

SHAH ALAM, 20 Mei – Ketua Pembangkang Selangor, Azmin Ali, berkata beliau dipanggil polis untuk memberi kenyataan berkenaan perkara yang beliau bangkitkan di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu berkata beliau diserahkan notis untuk menghadirkan diri ke IPD Shah Alam, esok.

Dengan merujuk kepada Perkara 72 Perlembagaan dan Seksyen 2 dan 3 Jadual dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, Azmin mendakwa tindakan mengeluarkan notis tersebut melanggari perundangan dan tidak mengikut Perlembagaan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor Azmin Ali dipanggil ke IPD Shah Alam esok. Foto Arkib

“Saya menyeru dan menggesa speaker DNS untuk melindungi prosiding Dewan dan mempertahankan hak kebebasan bersuara serta perbahasan di dalam Dewan… dan hentikan semua dan mana-mana cubaan untuk menyekat kebebasan dan hak serta keistimewaan ahli-ahli DNS,” katanya di ibu pejabat PN.

Pada Mac lalu, Azmin meminta penjelasan kerajaan negeri selepas Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) didakwa menjual hak pembangunan PJ Sentral yang dijangka memberi pulangan bernilai RM1.04 bilion kepada Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dengan nilai RM270 juta, menurut laporan media.

Polis Terima Laporan Dakwaan Azmin Langgar SOP

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dilapor berkata keputusan menjual hak pembangunan PJ Sentral adalah untuk keluar daripada ‘perangkap aliran tunai’.

Beliau menolak dakwaan prestasi kewangan PKNS kurang baik, dan PKNS juga tidak menanggung hutang RM5.7 bilion seperti didakwa sesetengah pihak.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *