Polis Cari 200 Penduduk Tanah Putih
KUANTAN, 8 Mei – Kira-kira 200 penduduk Tanah Putih Baru yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sedang dikesan oleh polis kerana meninggalkan kediaman masing-masing 5 Mei lalu.
Mereka ini dicari kerana dibimbangi bergejala.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pihaknya yang membuat rondaan mendapati rumah kosong dan dikunci.
