Polis Buru Dua Lelaki Cuba Rompak Kedai Emas Di Machang

Kedai emas disyaki dirompak di Machang. Foto hiasan

MACHANG, 12 Apr – Polis sedang memburu dua lelaki disyaki terbabit dalam cubaan rompakan menggunakan senjata api di sebuah kedai emas di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Machang Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata pihaknya menerima laporan daripada pemilik kedai mengenai kejadian itu kira-kira 2.20 petang selepas kedua-dua suspek melarikan diri menggunakan sebuah motosikal dipercayai jenis Yamaha Y15 berwarna biru dan tiada nombor pendaftaran.

“Cubaan rompak bersenjata api itu melibatkan dua lelaki yang berpakaian serba hitam, berseluar jeans, memakai topi dan pelitup muka serta bersarung tangan.

“Semasa kejadian terdapat saksi yang cuba menangkap kedua-dua suspek tetapi gagal apabila mereka melarikan diri menggunakan sebuah motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian terdapat empat orang berada dalam premis tersebut iaitu pemilik kedai dan dua ahli keluarganya serta dua pekerja, dan kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan selain tiada kerugian dialami.

Kedai emas disyaki dirompak di Machang. Foto hiasan

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *