Pokok Tumbang Hempap Kereta Di Kuala Terengganu

Imej tangkap layar pokok tumbang yang berlaku di Kuala Terengganu dalam keadaan hujan berterusan awal pagi tadi. Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 20 Nov – Sebuah kereta dihempap pokok tumbang ketika melalui Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu.

Kejadian berlaku 7.26 pagi tadi apabila Suzaliana Hussin dari arah ladang menuju ke Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman Dua.

Beliau dan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, kesesakan teruk berlaku di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu ketika ini apabila banyak jalan dinaiki air selepas hujan lebat tanpa henti sejak malam tadi.

Ramai ibu bapa juga tidak dapat menghantar anak ke sekolah disebabkan kesesakan luar biasa.

Imej tangkap layar pokok tumbang yang berlaku di Kuala Terengganu dalam keadaan hujan berterusan awal pagi tadi. Foto RTM

Kediaman penduduk sekitar Bandaraya Kuala Terengganu juga telah mula terjejas termasuk di Taman Alamanda.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *