PMQT: Malaysia Berpotensi Jadi Sasaran Serangan Siber – PM Anwar

IMG_9895

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 3 November 2026. Foto Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Malaysia tidak terkecuali sebagai antara negara berpotensi menjadi sasaran serangan siber, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menjelaskan walaupun tidak semua maklumat boleh didedahkan, kekuatan digital negara dan pendirian Malaysia terhadap beberapa isu tertentu menyebabkan negara ini menjadi perhatian.

“Malaysia sememangnya antara yang dianggap sebagai sasaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 3 November 2026. Foto Parlimen Malaysia

“Ada dua perkara. Pertama, kerana kekuatan kita dalam bidang digital dan pusat data adalah antara yang terkuat. Berdasarkan angka terkini dua minggu lalu, kekuatan kita mampu menyaingi Eropah.

“Kedua, kerana pendirian tegas kita terhadap beberapa isu yang dianggap kontroversi oleh sesetengah negara, khususnya Eropah dan Amerika, terutama berkaitan Palestin serta Gaza,” katanya ketika membaca kenyataan rasmi negara di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar menjawab soalan asal Ronald Kiandee (PN-Beluran) mengenai sama ada Malaysia menjadi sasaran berdasarkan risikan sedia ada dan sejauh mana ancaman berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 3 November 2026. Foto Parlimen Malaysia

Terdahulu, Anwar berkata, kerajaan mengambil maklum langkah diambil beberapa negara termasuk Kanada, Jepun serta Kesatuan Eropah, yang menasihati rakyat masing-masing supaya menyimpan bekalan makanan.

Perdana Menteri berkata, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, akan mempengerusikan mesyuarat bersama semua jabatan berkaitan, esok, manakala Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan sesi khas bersama semua institusi kewangan.

Beliau turut mencadangkan supaya Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengadakan taklimat khas secara tertutup kepada semua Ahli Parlimen dalam tempoh satu atau dua hari lagi.

Oleh Saadiah Ismail

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *