PM Yakin Rakyat Mampu Realisasi Potensi Pembangunan Ekonomi Negara

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 12 AprPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin dengan kemampuan rakyat Malaysia merealisasikan potensi negara dalam pembangunan ekonomi, terutama dalam pelaburan bernilai tinggi.

Berkongsi laporan video dari laman Facebook Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai potensi Malaysia yang semakin meningkat dalam industri semikonduktor hari ini, Anwar berkata kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.

“Dengan pelaburan bernilai tinggi daripada syarikat global, menghasilkan pekerjaan berpendapatan tinggi untuk lebih ramai rakyat Malaysia.

“Saya mempunyai keyakinan penuh herhadap potensi setiap rakyat Malaysia dalam prospek cerah untuk ekonomi kita dan masa depan kita bersama sebagai sebuah negara,” kata Anwar dalam akaun Facebooknya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama

Laporan video WEF menekankan bahawa Malaysia, terutamanya Pulau Pinang, sedang muncul sebagai kuasa semikonduktor baharu, selepas negeri itu memperoleh pelaburan langsung asing (FDI) bernilai AS$12.8 bilion (AS$1 = RM4.76) tahun lepas. – Bernama


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *