PM Anwar Umum Peruntukan Tambahan RM200 Juta Perkasa TVET

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika melancarkan sambutan Hari TVET Negara di ILP Kuala Langat, Banting, Selangor. Foto Facebook JPM

BANTING, 8 JunDatuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan tambahan bernilai RM200 juta untuk memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang setakat ini telah berjumlah RM6.8 bilion merentasi 12 buah kementerian.

Perdana Menteri berkata, peruntukan tambahan itu akan disalurkan melalui Perbadanan Tabung Kemahiran Negara, selain Majlis TVET Negara bertanggungjawab menentukan bidang keutamaannya.

Beliau antara lain bersetuju untuk mewujudkan lebih banyak segmen TVET terutama kepada masyarakat Orang Asli dan orang asal di Sabah serta Sarawak, selain menyifatkan perkara itu selari konsep MADANI.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari TVET Negara di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

TVET merupakan keperluan sumber manusia baharu bagi memenuhi sektor teknikal, vokasional, kejuruteraan dan kemahiran penting bagi menggerakkan ekonomi negara.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *