PM Anwar Ucap Takziah Pemergian Hail Amir

Ucapan takziah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada keluarga Allahyarham Datuk Hail Amir yang meninggal dunia hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Hail Amir di atas pemergian seniman itu ke negeri abadi hari ini.

Berkongsi hantaran di Facebook, Anwar berharap agar keluarga allahyarham tabah dalam menghadapi dugaan dan mendoakan semoga roh allahyarham diampunkan segala dosanya dan diberi tempat istimewa di sisi Yang Maha Esa.

“Saya utus salam takziah buat keluarga seniman, Allahyarham Datuk Hail Amir, semoga mereka tabah hadapi dugaan ini.

Ucapan takziah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada keluarga Allahyarham Datuk Hail Amir yang meninggal dunia hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Mendoakan roh allahyarham diampunkan segala dosanya dan diberi tempat istimewa di sisi Yang Maha Esa, Insya-Allah,” ujarnya.

Beliau juga pasti karya anak seni Pulau Pinang ini akan terus dikenang buat selamanya.

Media sebelum ini melaporkan allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 4.24 petang, hari ini.

Perkara ini disahkan oleh anaknya, Cinta kepada rakan-rakan artis terdekat.

Terdahulu, Cinta memaklumkan bapanya dimasukkan ke HKL kelmarin bagi menerima rawatan.

Menurutnya, doktor sudah memulakan rawatan dengan memberikan antibiotik bagi mengawal jangkitan terbabit.

Allahyarham dilahirkan pada 2 November 1947 di Kebun Lama, Pulau Pinang semasa hayatnya banyak menghasilkan karya seni dalam bidang seni suara dan antara lagu popularnya bergandingan seniwati Uji Rashid ialah Jalinan Mesra dan lagu solo Wajah Kesayangan Hamba.

Dalam bidang perfileman pula allahyarham membintangi filem antaranya Sesejuk Air Mata Ibu pada 1981 dan filem terakhir bersama Uji ialah Jaket Biru yang disiarkan pada 1991.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *