PM Anwar Ucap Takziah Buat Rakyat Norway
Ucapan takziah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dizahirkan kepada rakyat Norway susulan kemangkatan Raja Harald V pada 29 Ogos 2026.
KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Norway susulan kemangkatan Raja Harald V.
Menerusi hantaran di media sosial, Anwar berkata, Raja Harald akan dikenang kerana kefahaman mendalam baginda mengenai makna menjadi rakyat Norway serta keterangkuman dalam membentuk sebuah negara.
“Baginda bercakap mengenai sebuah negara yang terdiri daripada rakyat yang keluarganya berasal dari Afghanistan, Pakistan, Poland dan pelbagai tempat lain, dan menegaskan bahawa mereka juga adalah Norway.
“Kata-kata baginda mengingatkan bahawa kekuatan sesebuah negara terletak pada maruah yang diberikan kepada seluruh rakyatnya,” katanya.
Menurut Anwar, Raja Harald turut memahami beratnya sebuah sumpah serta kepentingan untuk kekal setia terhadap komitmen yang telah dibuat.
“Malaysia bersama-sama rakyat Norway berkabung atas pemergian baginda,” katanya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
