PM Anwar Ucap Tahniah Pakatan Harapan Berjaya Pertahan Kemenangan

Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Sambutan 25 Tahun Keadilan di Sentul Depot malam ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan atas kemenangan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Calon PH Pang Sock Tao berjaya mempertahan kerusi itu dalam persaingan empat penjuru.

“Saudara Anthony Loke (Setiausaha Agung DAP), tahniah atas kemenangan di Kuala Kubu Baharu… lawan sampai menang… sekarang kita kena pertahankan kemenangan itu,” kata beliau.

Anwar, yang juga Presiden KEADILAN, berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan 25 Tahun parti itu di Depot Sentul di sini malam ini.

Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Sambutan 25 Tahun Keadilan di Sentul Depot malam ini.
Foto Bernama

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut mengucapkan tahniah kepada calon PH yang mewakili Kerajaan Perpaduan kerana memenangi PRK di DUN KKB berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Menurut hantaran di laman Facebook beliau, Pang telah memenangi PRK itu dengan majoriti yang besar.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *