PM Anwar Ucap Tahniah Kepada TNB Rangkul Anugerah World Branding Awards 2026/27

IMG_0145

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada TNB atas kejayaan meraih pengiktirafan Jenama Terbaik 2026–2027 bagi kategori Tenaga-Kuasa (Peringkat Nasional) di World Branding Awards pada 4 November 2026. Foto X Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Kejayaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) merangkul pengiktirafan Jenama Terbaik 2026–2027 bagi kategori Tenaga-Kuasa (Peringkat Nasional) pada World Branding Awards, menerima ucapan tahniah daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di media sosial pada Rabu, Perdana Menteri berkata, sepanjang 77 tahun penubuhannya, TNB memainkan peranan penting dalam membekalkan tenaga elektrik, menyokong pertumbuhan ekonomi serta memacu pembangunan negara.

“Pengiktirafan ini mencerminkan keyakinan rakyat terhadap sumbangan TNB kepada kemajuan negara, selain mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa,” katanya.

Dalam hantaran berkenaan, Anwar yang juga Menteri Kewangan berharap kejayaan itu menjadi pemangkin kepada TNB untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan, memperkukuh infrastruktur tenaga serta memperluas penggunaan tenaga boleh baharu demi memastikan masa depan Malaysia yang mampan.

Anugerah berprestij itu diterima di London, United Kingdom sekali gus memperkukuh jenama, kepakaran dan komitmen TNB bersama kira-kira 35,000 kakitangan konglomerat itu seterusnya mengharumkan nama negara di pentas global.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *