PM Anwar Ucap Tahniah Buat Profesor UKM

IMG_8733

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Profesor Dr. Kuik Cheng-Chwee pada 21 Oktober 2026.

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Profesor Dr. Kuik Cheng-Chwee atas kejayaan beliau tersenarai dalam kelompok dua peratus saintis teratas dunia bagi tahun 2026.

Ucapan tersebut disampaikan Perdana Menteri Menerusi hantaran di media sosial beliau hari ini.

Menurut beliau, pengiktirafan yang diterima Felo Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan dan sumbangan beliau dalam bidang ilmu, malah turut mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

“Tahniah dan syabas kepada Profesor Dr. Kuik Cheng-Chwee atas kejayaan tersenarai dalam kelompok dua peratus saintis teratas dunia bagi tahun 2026,” katanya.

Anwar turut berharap kejayaan berkenaan dapat terus menyemarakkan budaya ilmu dan memperkukuh tradisi penyelidikan dalam kalangan ilmuwan negara.

“Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan budaya ilmu, memperkukuh tradisi penyelidikan dan menjadi inspirasi kepada generasi ilmuwan untuk menyumbang kepada kemajuan negara,” katanya.

Untuk rekod, senarai berprestij itu diterbitkan menerusi pangkalan data petikan saintis global hasil kerjasama antara pakar dari Universiti Stanford dan syarikat penerbitan akademik, Elsevier.

Selain Cheng Chwee, hanya tiga ahli akademik lain dari kawasan Asia Timur yang tersenarai bagi kedudukan tahunan tersebut iaitu Zeng Jinghan dari City University of Hong Kong, Qin Yaqing (Shandong University) dan Yan Xuetong (Tsinghua University).

Cheng Chwee merupakan tokoh penting dalam pembangunan teori”perlindungan nilai” (hedging) bagi penyelidikan hubungan antarabangsa, selain menjadi pakar strategik dan kerjasama pembangunan di Asia Tenggara.

Fokus penyelidikan beliau merangkumi tingkah laku keterhubungan negara-negara kecil, multilateralisme rantau, keselamatan Asia Timur, hubungan China-ASEAN serta dasar luar Malaysia.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *