PM Anwar Tiba Di Samarkand Bagi Lawatan Kerja Hari Kedua Ke Uzbekistan

Pesawat khas membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Samarkand dan disambut Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan, Jamshid Khodjaev. Foto RTM

SAMARKAND, 18 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Samarkand sempena hari kedua lawatan kerja beliau di Uzbekistan.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Samarkand pada pukul 11.05 pagi waktu tempatan (2.05 petang waktu Malaysia) dan disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan, Jamshid Khodjaev.

Di bandar Samarkand, Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucapan di Forum Perniagaan Peringkat Tinggi Uzbekistan-Malaysia di Kompleks Pelancongan Laluan Sutera Samarkand.

Pesawat khas membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Samarkand dan disambut Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan, Jamshid Khodjaev. Foto RTM

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, dan juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Malam tadi Anwar dan delegasi negara diraikan dalam satu majlis makan malam negara yang dihoskan Presiden Shavkat Miziyoyev dihadiri menteri kabinet di Kediaman Rasmi Presiden yang juga Istana Presiden, Kuksaroy di Tashkent.

Wartawan : Fahmie Zaidi


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *