PM Anwar Tiba Di Maldives Mulakan Lawatan Rasmi Dua Hari

IMG_5933

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Velana pada 8.22 malam waktu tempatan disambut Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu bagi memulakan lawatan rasmi beliau ke Maldives pada 14 September 2026. Foto The President’s Office

MALE, 14 Sep – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Maldives malam ini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari bagi memperkukuh hubungan dua hala yang terjalin sejak 1968.

Pesawat khas membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Velana di sini pada 8.12 malam waktu tempatan (11.12 malam waktu Malaysia), dan ketibaan beliau disambut oleh Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Velana pada 8.22 malam waktu tempatan disambut Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu bagi memulakan lawatan rasmi beliau ke Maldives pada 14 September 2026. Foto The President’s Office

Kemesraan kedua-dua pemimpin jelas terserlah apabila Dr Mohamed sendiri menyambut ketibaan Anwar dari Keralam, India dalam penerbangan yang memakan masa kira-kira sejam setengah itu.

Sebaik turun dari pesawat, Anwar dihadiahkan jambangan bunga khas bagi mengalu-alukan ketibaan beliau seraya diperhatikan Dr. Mohamed yang berjalan bersama Anwar di atas permaidani merah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima jambangaj bunga sebaik tiba di Lapangan Terbang Velana pada 8.22 malam waktu tempatan disambut Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu bagi memulakan lawatan rasmi beliau ke Maldives pada 14 September 2026. Foto The President’s Office

Menyambut ketibaan beliau ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka dan Maldives, Badli Hisham Adam; Menteri Hal Ehwal Agama Maldives, Dr Mohamed Shaheem Ali Saeed sebagai menteri pengiring serta pegawai kanan kedua-dua negara.

Kemeriahan sambutan ketibaan Anwar diserlahkan lagi dengan istiadat penghormatan ketenteraan oleh pasukan kawalan kehormatan dan sebelum berangkat ke Official Jetty, beliau diraikan dengan persembahan kebudayaan oleh pelajar sekolah bersempena dengan ketibaan Perdana Menteri ke republik kepulauan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Velana pada 8.22 malam waktu tempatan disambut Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu bagi memulakan lawatan rasmi beliau ke Maldives pada 14 September 2026. Foto The President’s Office

Official Jetty merupakan lokasi pertama pertemuan antara Anwar dan Dr Mohamed yang merupakan acara keraian bagi tetamu negara itu sebelum kedua-duanya berbincang mengenai perkembagan semasa dua hala.

Terdahulu, pesawat membawa Perdana Menteri berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Calicut jam 7.26 malam waktu tempatan (9.56 malam waktu Malaysia) seraya mengakhiri lawatan kerja lima hari ke India.

Pesawat khas membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Velana pada 8.22 malam waktu tempatan bagi memulakan lawatan rasmi beliau ke Maldives pada 14 September 2026.

Esok, Anwar dijadual menerima kunjungan hormat beberapa menteri Maldives, yang diakhiri dengan jamuan makan tengah hari rasmi dihoskan oleh Dr. Mohamed.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web