PM Anwar Terima Kunjungan Hormat Duta Besar AS Ke Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Edgard D. Kagan di Putrajaya pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 11 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Edgard D. Kagan serta delegasi kedutaan negara itu di Perdana Putra di sini hari ini.

Dalam pertemuan itu Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata mereka berdua membincangkan kerjasama dua hala Malaysia-Amerika Syarikat yang lebih kukuh terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan serta hubungan antara rakyat.

“Kami juga saling bertukar pandangan berhubung isu-isu serantau dan global yang berkepentingan bersama selain tekad meningkatkan kerjasama komprehensif ke tahap yang lebih tinggi,” ujarnya di laman media sosial pada Selasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Edgard D. Kagan di Putrajaya pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Terdahulu pada 7 Mei lalu, Anwar menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-ASEAN yang diketuai oleh Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Serantaunya Brian D. McFeeters.

Pada pertemuan itu, Anwar berkata kedua-dua pihak telah bertukar pandangan dalam perkara berkaitan dasar dan peraturan bagi beberapa sektor serta potensi penambahan pelaburan oleh syarikat AS.

“Saya turut singgung (menyentuh) peranan yang akan dimainkan Malaysia sebagai Pengerusi Asean pada tahun hadapan,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *