PM Anwar Solat Jumaat, Santuni Rakyat Batang Kali

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama para tetamu ketika beliau menghadiri Jamuan Hari Raya dan Solat Jumaat di Masjid Bandar Utama Batang Kali hari ini. Foto Bernama

HULU SELANGOR, 12 Apr – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Bandar Utama Batang Kali, di sini, hari ini.

Beliau yang tiba pada 12.24 tengah hari, disambut bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kebudayaan negeri Borhan Aman Shah serta pengurusan masjid dan jemaah.

Anwar bersama hampir 500 jemaah lain turut mendengar khutbah bertajuk “Bagaimana Kita Menyambut Syawal?” bersempena dengan Aidilfitri, sebelum menunaikan solat Jumaat.

Pada Khamis Anwar memaklumkan akan hadir dan mengajak rakyat bersama beliau meraikan Aidilfitri di sini.

Terdahulu, Anwar turut makan tengah hari bersama rakyat dan meluangkan masa beramah mesra dengan pengurusan masjid serta jemaah pada jamuan hari raya yang diadakan di pekarangan masjid itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama para tetamu ketika beliau menghadiri Jamuan Hari Raya dan Solat Jumaat di Masjid Bandar Utama Batang Kali hari ini. Foto Bernama

Turut hadir, Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan.

Jamuan itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu pelbagai kaum yang berpakaian berwarna-warni, sekali gus memeriahkan sambutan Aidilfitri, hari ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *