PM Anwar Serah Sumbangan Kepada Penyanyi Jay Jay

Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Jay Jay yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada penyanyi artis veteran sekitar tahun 80’an, Jay Jay yang popular dengan lagu Rindu Bayangan satu ketika dulu.

Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus yang dilaporkan dirundung sakit kronik melibatkan jantung dan kini sedang menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan (kanan) menziarahi Jay Jay yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saudara Farhan meluangkan masa mendapat makluman terkini terkait keadaan kesihatan beliau selain turut menyampaikan sedikit sumbangan dari pihak saya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar turut mendoakan agar Jay Jay kembali sihat seperti sediakala.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Jay Jay yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Mendoakan saudara Jay Jay lekas diberi afiyah lantas dikurniakan kekuatan dan kecekalan, Insya-Allah,” tulis Perdana Menteri lagi.

Terdahulu Jay Jay yang menjadi vokalis kumpulan Carefree menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass) kerana masalah jantung tersumbat di institut itu akan dipindahkan ke pusat rehabilitasi.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ahli Jawatankuasa Karyawan (AJK) Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang juga rakan seperjuangan Rozita Rohaizad.

“Saya dimaklumkan isteri Jay Jay, Zaiton, bahawa Jay Jay mengalami acute stroke. Ini menyebabkan bahagian kanan badan termasuk tangan dan kaki tidak boleh bergerak dan angkat seperti biasa,” ujar Rozita.

Pelantun lagu Joget Angan Tak Sudah berusia 66 tahun itu menjalani pembedahan pintasan jantung kerana masalah jantung tersumbat di IJN pada 23 Mei lalu.

PM Anwar Salur Sumbangan Bantu Rawatan S. Amin Shahab

Pada Rabu, Anwar yang turut diwakili Ahmad Farhan menziarahi penulis lirik tersohor S. Amin Shahab di kediamannya di sini yang turut mengalami masalah kesihatan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *