PM Anwar Serah Sumbangan Kepada Ali XPDC

Ahmad Farhan (kiri) menghulurkan sumbangan kepada Mohd Ali (tengah) yang menderita masalah paru-paru. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 MacPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada penyanyi kumpulan rock XPDC, Mohd Ali Ismail yang menderita masalah paru-paru sehingga menyukarkan beliau untuk terus berkarya dalam dunia seni.

Sumbangan itu disampaikan oleh setiausaha politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang menziarah penyanyi itu di kediamannya di Bandar Salak Tinggi, Selangor semalam.

“Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, insya-Allah,” kata Anwar menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook hari ini.

Menerusi catatan itu, Anwar berkata beliau juga difahamkan Mohd Ali sekeluarga kini bergantung kepada jualan produk maruku yang diusahakan isterinya, yang boleh dihubungi di talian 011-70700885.

Sebelum ini media tempatan melaporkan Mohd Ali, 56, pernah diserang penyakit angin ahmar dua tahun lalu.

Sama-samalah kita doakan agar vokalis XPDC ini kembali sihat dan dapat menghiburkan kita semua semasa bersama kumpulan itu antara 1997 hingga 2005.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *