PM Anwar Saran Peserta MADANI Fellowship Program 2026 Timba Pengalaman Rentas Kementerian

PM Anwar Saran Peserta MADANI Fellowship Program 2026 Timba Pengalaman Rentas Kementerian

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Program MADANI Fellowship 2026 di Perdana Putra, Putrajaya pada 30 September 2026. Foto Shamsul Azri Abu Bakar

PUTRAJAYA, 30 Sep – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan, peserta Program MADANI Fellowship 2026 perlu mempunyai pemahaman lebih luas mengenai keseluruhan jentera pentadbiran kerajaan walaupun ditempatkan di kementerian berbeza.

Beliau berkata, pendekatan itu penting bagi membolehkan peserta memahami peranan setiap kementerian dalam memastikan dasar kerajaan dilaksanakan dengan berkesan dan memberi manfaat kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Program MADANI Fellowship 2026 di Perdana Putra, Putrajaya pada 30 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar yang juga Menteri Kewangan menggesa agar kesemua 76 peserta memanfaatkan peluang menimba seberapa banyak pengalaman dan pengetahuan menerusi pendedahan bersama pelbagai kementerian serta agensi kerajaan.

“Anak-anak boleh tahu, faham bahawa pendekatan kita harus komprehensif. Maknanya, walaupun tugasnya di Kementerian Belia atau Kementerian Pengangkutan, tetapi pemahamannya harus lebih meluas,” katanya ketika berucap pada program melibatkan peserta fellowship, para alumni dan barisan menteri, di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Program MADANI Fellowship 2026 di Perdana Putra, Putrajaya pada 30 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sehubungan itu, Perdana Menteri mencadangkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari supaya peserta diberi peluang mengikuti perjalanan kementerian lain pada hari tertentu.

Beliau turut mengingatkan peserta supaya memanfaatkan peluang berinteraksi dengan mentor dalam kalangan menteri bagi mendapatkan pengalaman praktikal berkaitan tugas dan tanggungjawab dalam pentadbiran kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Program MADANI Fellowship 2026 di Perdana Putra, Putrajaya pada 30 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Program MADANI Fellowship merupakan penjenamaan semula daripada Program Felo Perdana selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Jun lalu.

Kesemua 76 peserta akan ditempatkan selama empat bulan bermula hari ini di Pejabat Menteri, Pejabat Timbalan Menteri, Pejabat Ketua Setiausaha Negara serta agensi terpilih di bawah kementerian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Program MADANI Fellowship 2026 di Perdana Putra, Putrajaya pada 30 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web