PM Anwar Sampaikan Sumbangan Kepada Penyampai Astro Arena

Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi (kiri) menyampaikan sumbangan mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menziarahi Akbar dan isteri Noorsuzilawati Noor, yang menghidap kanser usus tahap empat di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada penyampai berita Astro Arena, Akbar Sahari yang diuji dengan masalah kesihatan isterinya.

Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi Akbar dan isteri Noorsuzilawati Noor, yang menghidap kanser usus tahap empat di sebuah hospital di sini semalam.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi (kiri) menziarahi Akbar dan isteri Noorsuzilawati Noor, yang menghidap kanser usus tahap empat di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya doakan Akbar serta keluarga sabar menempuh dugaan selain isterinya diberi kekuatan untuk melawan penyakit ini, Insya-Allah,” kata Anwar dalam status dimuat naik di laman Facebook hari ini.

Perdana Menteri berharap sumbangan itu dapat membantu mengurangkan beban kos kewangan yang ditanggung Akbar.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi (kiri) menyerahkan sumbangan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Akbar dan isteri Noorsuzilawati Noor, yang menghidap kanser usus tahap empat di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sementara itu Akbar menerusi status di akaun Facebook berterima kasih atas sumbangan itu dan mengakui terkejut dengan kehadiran rombongan dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang diketuai Ahmad Farhan.

Turut menziarahi ialah Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Tunku Nashrul Tunku Abaidah dan Exco Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) Hafizal Hamad serta Izhar Atan.

“Saudara Farhan menyampaikan sumbangan daripada Perdana Menteri, yang sekali gus membantu meringankan beban kewangan kami. Doa serta kata-kata semangat daripada saudara Farhan dan rombongan PMO amat dihargai,” katanya. – Bernama


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *