PM Anwar Salur Sumbangan Kepada Daddy Rock

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diwakili Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi Daddy Rock baru-baru ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada pelakon Shahrol Asikin Mohd Shariff atau lebih dikenali sebagai Daddy Rock, untuk kegunaan perubatan dan hariannya.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata sumbangan itu diserahkan melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi pelakon itu, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.

“Mendoakan urusan pembedahan beliau dipermudah dan dikurniakan kesembuhan sesegera mungkin, insya-Allah,” kata Anwar.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *