PM Anwar Salur Sumbangan Kepada Azlee Senario

Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi (kiri) menyampaikan sumbangan Perdana Menteri kepada Azlee Senario hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Azlee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Azlee Senario hari ini.

Anwar berkata, Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi mewakili beliau bagi menyampaikan sumbangan kepada pelawak dan pelakon berusia 56 tahun tersebut.

“Beliau (Azlee Senario) sebelum ini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami serangan jantung di rumahnya.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi (kiri) menyampaikan sumbangan Perdana Menteri kepada Azlee Senario hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Alhamdulillah beliau telah dibenarkan pulang dan kesihatannya bertambah baik. Saudara Farhan turut sampai sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban beliau dan keluarga,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau mendoakan semoga Azlee Senario diberi kesihatan yang baik untuk terus berkarya.

Media sebelum ini melaporkan, Azlee Senario dikejarkan ke IJN ekoran masalah saluran darah pada jantungnya tersumbat.

Beliau ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) untuk pemantauan selepas menjalani prosedur angiografi dan pemasangan stent (tiub kecil).


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *