PM Anwar Salur Bantuan Kepada Pelakon Ebby Yus

Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi menziarahi Ebby Yus di kediamannya di Kuala Lumpur dan menyalurkan bantuan bagi membiayai rawatan perubatan pelakon dan pelawak itu. Foto Instagram Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menyalurkan sumbangan kepada pelakon dan pelawak veteran Ebby Yus, 58 tahun pada Rabu.

Sumbangan disampaikan menerusi Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi kepada Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid yang menziarahi seniman itu di kediamannya di sini.

“Semalam saya diwakili Setiausaha Politik, saudara Farhan Fauzi telah menziarahi seniman Ebby Yus yang sedang menderita akibat pelbagai komplikasi penyakit kronik sekali gus menghadkan penglibatan beliau dalam dunia seni.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi menziarahi Ebby Yus di kediamannya di Kuala Lumpur dan menyalurkan bantuan bagi membiayai rawatan perubatan pelakon dan pelawak itu. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan kepada beliau untuk kegunaan harian dan perubatan,” ujar Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar turut menitipkan doa agar beliau terus kuat dan dikurniakan afiyah sesegera mungkin.

Difahamkan Ebby akan menjalani pembedahan berkaitan jantung dan kosnya dianggar kira-kira RM38,000 seperti dimaklumkan sekitar hujung tahun lalu.

PM Anwar Hulur Bantuan Kepada Keluarga Pak Amjal Aktivis Reformasi

Terdahulu Anwar melalui Ahmad Farhan menziarahi Pak Amjal dan menghulurkan sumbangan bagi membantu rawatan isteri aktivis awal reformasi itu yang menghidap angin ahmar di sini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *