PM Anwar Saksi Enam Pertukaran MoU Malaysia-Uzbekistan

Anwar dan Khodjaev (dua dari kanan) menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara CEO MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz (kiri), dengan Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Uzbekistan, Urakov Jamshed Radjabovich, sempena Forum Perniagaan Uzbekistan-Malaysia di Kompleks Pelancongan Laluan Sutera Samarkand, pada Sabtu. Foto Bernama

SAMARKAND, 18 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan pertukaran enam Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Uzbekistan.

Kesemua MoU melibatkan kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.

Antaranya Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan Dewan Perdagangan dan Industri Uzbekistan (CCIU).

Anwar dan Khodjaev (dua dari kanan) menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara CEO MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz (kiri), dengan Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Uzbekistan, Urakov Jamshed Radjabovich, sempena Forum Perniagaan Uzbekistan-Malaysia di Kompleks Pelancongan Laluan Sutera Samarkand, hari ini. Foto Bernama

Ia sebagai usaha mengukuhkan dan membangunkan kerjasama promosi perdagangan antara Malaysia dan Uzbekistan, selain pertukaran maklumat perdagangan.

MoU antara Sunview Sdn Bhd dan Yashil Energiya LLC pula membabitkan pemasangan panel solar di bangunan organisasi sosial dan pejabat kerajaan di Uzbekistan.

Sementara itu, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan ‘Tashkent State University of Economics’ (TSUE) akan bekerjasama dalam sektor pendidikan terutamanya untuk membangunkan program kolaboratif dan menyediakan peluang serta sokongan kepada pelajar dalam pembangunan profesional dan kerjaya mereka.

Universiti Utara Malaysia (UUM) turut bekerjasama dengan TSUE dalam pertukaran fakulti membabitkan aktiviti penyelidikan bersama dan penerbitan, program akademik (Ijazah Berganda, Sarjana dan PhD).

UUM juga akan bekerjasama dengan ‘Banking and Finance Academy’ (BFA), dengan UUM menawarkan program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBM) dan sebaik selesai, BFA akan memindahkan kredit ke program MBA institusi itu.

Turut menyaksikan pertukaran MoU ialah Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan, Jamshid Khodjaev.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *