PM Anwar Rafak Sembah Tahniah Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan

PM Anwar Rafak Sembah Tahniah Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Kubang Kerian pada 30 September 2024.

KUALA LUMPUR, 29 Sep – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke-57, Sultan Muhammad V.

Menerusi hantaran di media sosial hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan mendoakan semoga Sultan Muhammad V dan seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Duli Tuanku serta seluruh kerabat diraja sentiasa berada dalam penuh kedaulatan selain terus dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya,” ujar Anwar.

Perutusan tahniah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sempena Hari Keputeraan Baginda ke-57 pada 29 September 2026. Foto PMO

Pada 30 September 2024, Anwar dianugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) di Istana Negeri, Kubang Kerian.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menganugerahkan darjah tersebut yang membawa gelaran Datuk.

Kurniaan itu, sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang ke-55.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web