PM Anwar Minta Anak Sentiasa Kenang Jasa Seorang Ibu

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi foto kenangan bersama ibunya, Allahyarham Datin Che Yan Hamid (kiri) dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Sempena Hari Ibu yang disambut hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta mereka yang bergelar anak sentiasa mengenang jasa seorang ibu.

Sambil mengucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ buat semua wanita yang diberikan tanggungjawab itu, Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada insan istimewa berkenaan atas segala pengorbanan, penat lelah dan nasihat yang tidak putus-putus demi kasih pada anak.

“Selamat Hari Ibu saya ucapkan buat semua wanita yang bergelar ibu. Ingatan khusus buat Allahyarham ibu saya (Datin Che Yan Hamid) dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) tercinta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi foto kenangan bersama ibunya, Allahyarham Datin Che Yan Hamid (kiri) dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kenanglah jasa ibu kita. Dakaplah tubuhnya dan kucuplah tangannya setiap saat selagi Yang Maha Esa mengizinkan waktu untuk kita bersama ibu.

“Terima kasih atas segala pengorbanan, penat lelah dan nasihat yang tidak putus-putus demi kasih pada anak-anak,” katanya melalui kenyataan di laman sosialnya.

Ibu kepada Perdana Menteri meninggal dunia pada April 2001 ketika berusia 75 tahun.

Hari Ibu disambut pada Ahad minggu kedua Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada golongan berkenaan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *