PM Anwar Makan Tengah Hari, Solat Jumaat Di Masjid Bandar Teknologi Kajang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan jemaah Masjid Bandar Teknologi Kajang selepas selesai solat Jumaat hari ini. Foto Bernama
KAJANG, 16 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan kelaziman beliau dengan bertemu rakyat setiap hari Jumaat di kawasan terpilih setiap minggu.
Minggu ini beliau makan tengah hari dan menunaikan solat Jumaat bersama lebih 2,000 jemaah di Masjid Bandar Teknologi Kajang, di sini, hari ini.
Usai menunaikan solat, jemaah tidak melepaskan peluang bersalaman dan berswafoto dengan Perdana Menteri.
Terdahulu Anwar tiba pada kira-kira jam 12.40 tengah hari menjamu selera bersama jemaah setelah merasmikan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada sebelah pagi.

Sejak menerajui kerajaan pada November 2022 Anwar menjadikan hari Jumaat suatu kelaziman dengan makan tengah hari bersama rakyat dan menunaikan solat Jumaat saban minggu termasuk ketika melakukan lawatan rasmi ke luar negara.
Selain menunaikan solat Jumaat, kesempatan mengunjungi masjid terpilih digunakan Perdana Menteri untuk mendengar sendiri aduan berkaitan masalah setempat disampaikan rakyat.
Khutbah hari ini bertajuk ‘Nilai Dipelihara, Produktiviti Diperkasa’ turut menggesa rakyat terus mendoakan keselamatan dan perlindungan kepada penduduk Palestin yang berterusan ditindas rejim zionis.an ditindas oleh rejim zionis.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
