PM Anwar Lulus Peruntukan RM1 Juta Pembangunan Kompleks Pendidikan Al-Ummah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama orang ramai ketika hadir pada Program Kacau Bubur Asyura Mega Parlimen Tambun di pekarangan Masjid As-Saadah Manjoi hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

IPOH, 8 Jul – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluluskan peruntukan RM1 juta kepada Kompleks Pendidikan Al-Ummah (KPU) di Chepor di sini bagi tujuan pembangunan.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, beliau melihat tidak banyak pihak yang mempunyai kesungguhan mengambil inisiatif sendiri dalam mengumpulkan dana seperti dilakukan KPU yang berjaya mengutip hampir RM6 juta.

“Pendidikan masjid ini, tuntutan kepada semua, maknanya kalau satu masjid didirikan hanya daripada peruntukan daripada (pihak) atas, ini tidak memenuhi semangat dan roh bahawa ia menjadi hak masyarakat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama orang ramai ketika hadir pada Program Kacau Bubur Asyura Mega Parlimen Tambun di pekarangan Masjid As-Saadah Manjoi hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Untuk sekarang ini sebelum saya dapat teliti lagi, saya luluskan RM1 juta dulu. Minta setiausaha kerajaan negeri bantu mengingatkan Unit Penyelerasan Jabatan Perdana Menteri supaya menyegerakan dan dalam tempoh satu ke dua minggu wang itu harus sampai,” katanya ketika berucap pada Lawatan Muhibbah dan Majlis Hi-Tea di KPU Chepor di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi KPU Mohd Nasir Kamaruddin.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *