PM Anwar Luang Masa Ziarah Wan Rosdy Di IJN

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara, tengah hari tadi. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 10 JunDatuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Perdana Menteri memaklumkan, keadaan Wan Rosdy semakin baik ketika beliau melawatnya tengah hari tadi.

“Alhamdulillah saya berkesempatan menziarahi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tengah hari tadi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara, tengah hari tadi. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik selepas menjalani prosedur pembedahan dan kini dalam pemantauan pakar perubatan di IJN,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menziarahi Tengku Datuk Muhammad Ibni Sultan Abu Bakar, bapa saudara kepada Sultan Pahang. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dalam pada itu, Anwar turut menyatakan beliau menziarahi Tengku Datuk Muhammad Ibni Sultan Abu Bakar, bapa saudara kepada Sultan Pahang serta bekas pelajarnya di Yayasan Anda, Basuki Yusof.

Beliau mendoakan mereka dikurniakan afiyah dan segera diberi kesembuhan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi bekas pelajarnya di Yayasan Anda, Basuki Yusof di IJN pada Isnin. Foto Facebook Anwar Ibrahim


– Oleh Mahani Ishak

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *