PM Anwar Junjung Kasih Kepada Agong, Raja Permaisuri Sempena Hari Lahir

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima jambangan bunga daripada Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah serta Tunku Ismail pada 11 Ogos 2026. Foto X Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan serta menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah atas kurniaan serta ingatan sempena ulang tahun kelahirannya.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Anwar turut merakamkan penghargaan atas doa yang dititipkan buat kesembuhan dan keafiatan beliau.

“Menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong atas kurniaan dan ingatan sempena ulang tahun kelahiran, serta doa buat kesembuhan dan keafiatan saya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima jambangan bunga daripada Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah pada 11 Ogos 2026. Foto X Anwar Ibrahim

“Dirgahayu Tuanku!” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

Menteri Kewangan itu selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut atau para-umbilical hernia.

Ketua Pasukan Perubatan kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah berkata prosedur berkenaan berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan.

“Beliau kini sedang menjalani rawatan fisioterapi serta berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau sebelum ini turut menerima ucapan dan doa daripada pelbagai pihak sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-79 semalam.

 


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *