PM Anwar Hadir Majlis Ilmu MADANI Dan Peluncuran Terjemahan Kitab Fiqh Zakat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Ilmu MADANI dan Peluncuran Terjemahan Kitab Fiqh Zakat di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Foto RTM
PUTRAJAYA, 29 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa pada Majlis Ilmu MADANI dan Peluncuran Terjemahan Kitab Fiqh Zakat di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya hari ini.
Perdana Menteri dalam ucapannya menjelaskan kefahaman umat Islam terhadap tradisi ilmu masih dangkal walaupun tahap kesedaran dan kecerdasan umat ketika ini semakin berkembang.
Jelas Perdana Menteri, permasalahan itu mampu mencetuskan perbalahan serta perpecahan di kalangan umat Islam dan mampu diselesaikan menerusi kefahaman serta kebijaksanaan dalam menuntut ilmu pengetahuan.

Selain itu, beliau berpesan agar setiap perbezaan pendapat perlu dibatasi dengan adab manakala penafsiran Al-Quran dan hadith perlu berlandaskan ulama muktabar agar tidak terpesong dari maksud asal hadis mahupun ayat-ayat Al-Quran tersebut.
Majlis dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hassan, Menteri Pegajian Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir dan tokoh ulama dari Qatar, Syeikh Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi.

Penganjurannya simbolik kepada usaha melahirkan masyarakat yang mengimarahkan masjid serta menghidupkan tradisi majlis ilmu selari dengan usaha kerajaan MADANI memberi kefahaman dan penghayatan Islam yang sebenar.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
