PM Anwar Dijangka Umum Beberapa Ikhtiar Penting Buat Rakyat Esok

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 pada 30 Ogos 2026 03:00 petang di PICC Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan beberapa ikhtiar penting dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) jam 3 petang esok.

Menerusi hantaran di media sosial, Anwar berkata, amanat yang disampakan akan menyentuh kebimbangan dan kehidupan rakyat, serta tanggungjawab generasi hari ini dalam menghargai kemerdekaan negara.

“Insya-Allah, saya akan menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), petang esok.

“Hampir tujuh dekad berlalu sejak negara mencapai kemerdekaan. Kita mengenang perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu yang merintisnya dengan keringat, darah dan air mata, sebelum kita bermuhasabah tentang tanggungjawab generasi hari ini, dalam mengisi serta memaknakan kemerdekaan,” kata beliau.

Terkandung pada hantaran itu juga, Perdana Menteri turut mengajak rakyat menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan, dengan membugarkan semangat perpaduan serta menolak segala hasutan kebencian antara kaum dan agama demi keamanan negara serta kesejahteraan rakyat.

Amanat tersebut dijangka turut disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan radio serta di platform media sosial Perdana Menteri.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *