PM Anwar Buat Kejutan Hadiahkan Kek Hari Lahir Kepada Presiden Kazakhstan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan dengan menghadiahkan kek kepada Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke-71. Foto Facebook Anwar Ibrahim

ASTANA, 17 Mei – Kenangan terindah tercipta apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mengakhiri lawatan rasmi ke Kazakhstan pada Khamis membuat kejutan dengan menghadiahkan kek kepada Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke-71.

Kek itu diserahkan sendiri oleh Anwar kepada Tokayev yang sebelum itu turut melakukan kejutan dengan hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Nursultan Nazarbayev di sini bagi mengucapkan selamat jalan sebelum Perdana Menteri berlepas untuk lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan.

Tokayev menyambut ulang tahun kelahiran beliau hari ini dan ini merupakan tahun kedua beliau sebagai presiden.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan dengan menghadiahkan kek kepada Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke-71. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sebelum menaiki pesawat, saya sempat ucap selamat hari lahir kepada Presiden Tokayev.

“Terima kasih atas layanan yang cukup baik kepada saya dan delegasi Malaysia. Semoga hubungan kedua-dua negara terus diperhebat demi manfaat bersama, insya-Allah,” katanya menerusi catatan di laman Facebook.

Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart membuat kejutan dengan hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Nursultan Nazarbayev untuk mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlepas ke Uzbekistan pada Jumaat. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dilahirkan di Almaty pada 1953, Tokayev menggantikan Nursultan Nazarbayev pada 2019 sebagai pemangku sebelum dilantik secara rasmi sebagai presiden kedua negara itu pada 5 Januari 2022.

Terdahulu sebelum Anwar berlepas, Tokayev turut menyampaikan cenderahati berupa album kenang-kenangan antara kedua-dua pemimpin sepanjang lawatan Anwar ke republik itu.

Anwar tiba di sini untuk lawatan rasmi dua hari bagi memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Kazakhstan dalam pelbagai bidang yang terjalin sejak 32 tahun lepas.

Kali terakhir lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara Asia Tengah itu ialah pada 2014.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *