PM Anwar Berlepas Ke New Delhi Hadiri Sidang Kemuncak BRICS Ke-18

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India bagi menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 pada 11 September 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 11 Sep – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 bermula esok sehingga 13 September ini.

Hadir bagi mengucapkan selamat berangkat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) Terminal 2 ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta para pemimpin kerajaan negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India bagi menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 pada 11 September 2026. Foto PMO

Pesawat membawa Perdana Menteri berlepas dari KKIA ke New Delhi setelah mengakhiri lawatan kerja ke Sabah selama dua hari bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63).

Selain menghadiri Sidang Kemuncak BRICS yang dihoskan India, Anwar juga dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala dengan para pemimpin dunia di sela-sela sidang sebelum ke negeri di India.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India bagi menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 pada 11 September 2026. Foto PMO

Menerusi hantaran di media sosial, Anwar berkata sepanjang di sana, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi selain Presiden Russia, Vladimir Putin; Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev serta Perdana Menteri Ethiopia, Dr Abiy Ahmed.

“Saya dan delegasi Malaysia berangkat ke New Delhi, India bagi menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India bagi menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 pada 11 September 2026. Foto PMO

“Rencana saya di India turut merangkumi kunjungan ke Kerala untuk bertemu Mufti Besar India bagi bertukar-tukar pandangan mengenai pembangunan masyarakat, pendidikan dan hal ehwal agama,” kata beliau.

Selepas menyelesaikan misi diplomasi di India, Anwar akan meneruskan perjalanan ke Male, Maldives bagi mengadakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden, Dr Mohamed Muizzu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India bagi menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 pada 11 September 2026. Foto PMO

“Moga segala urusan dipermudah dan lawatan ini membawa manfaat nyata buat rakyat dan negara. Insya-Allah,” kata Anwar.

Anwar dijadual tiba di Pangkalan Tentera Udara (AFS) Palam, New Delhi jam 6.40 petang waktu tempatan (9.10 malam waktu Malaysia) disertai beberapa menteri yang akan memfokuskan isu global dan serantau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India bagi menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 pada 11 September 2026. Foto PMO

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *