PM Anwar Arah Penilaian Penuh UiTM Holdings

PM Anwar Arah Penilaian Penuh UiTM Holdings

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis Himpunan Mesra Alumni UiTM di Shah Alam pada 26 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

SHAH ALAM, 26 Sep – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) melakukan penilaian semula secara menyeluruh terhadap struktur tadbir urus serta pengurusan anak syarikatnya, UiTM Holdings.

Arahan tersebut dimaklumkan Perdana Menteri susulan prestasi kewangan syarikat berkenaan yang mencatatkan kerugian sebanyak RM157 juta hingga siasatan SPRM memberi fokus kepada beberapa isu berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis Himpunan Mesra Alumni UiTM di Shah Alam pada 26 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

​Menurut beliau, usaha itu perlu dilakukan dengan kerjasama Naib Canselor UiTM dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi menangani isu kelemahan pengurusan di entiti perniagaan institusi berkenaan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa pihak pejabatnya dan JPM sedia memberi sokongan penuh dan kepakaran yang diperlukan bagi memastikan urusan berkenaan berjalan lancar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis Himpunan Mesra Alumni UiTM di Shah Alam pada 26 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

​”Sila lakukan penelitian ke atas UiTM Holdings dan cari jalan untuk bekerjasama dengan Naib Canselor.

​ “Jabatan Perdana Menteri bersama pejabat saya akan memberikan kerjasama padu dan mendesak supaya usaha ini dilaksanakan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis Himpunan Mesra Alumni UiTM di Shah Alam pada 26 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Penjelasan beliau disampaikan semasa sesi soal jawab pada Majlis Himpunan Mesra Alumni UiTM bersama Perdana Menteri Malaysia, Raikan Tujuh Dekad Perjalanan UiTM di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim; Presiden Persekutuan Alumni Universiti Teknologi MARA (PAUiTM) Saiful Azhar Shaharun dan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Ts Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis Himpunan Mesra Alumni UiTM di Shah Alam pada 26 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sebelum ini, media melaporkan SPRM menyiasat dakwaan penyelewengan yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit sekitar Februari 2023.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim dilapor berkata, tumpuan dan fokus siasatan adalah terhadap kes-kes yang disyaki membabitkan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis Himpunan Mesra Alumni UiTM di Shah Alam pada 26 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web