PM Anwar Arah Datuk Bandar KL Tanam 100 Pokok Baharu Bagi Satu Pokok Yang Ditebang

Arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur yang disiarkan di laman X hari ini. Foto X Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh menanam semula 100 pokok baharu bagi setiap pokok yang terpaksa ditebang.

Ia susulan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah menebang pokok yang berisiko tinggi.

Perdana Menteri memberi arahan itu kepada Kamarulzaman untuk tindakan susulan.

Arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur yang disiarkan di laman X hari ini. Foto X Anwar Ibrahim

“Saya telah memberi arahan kepada Datuk Bandar iaitu bagi setiap pohon yang terpaksa ditebang, 100 pokok baharu wajib ditanam semula,” katanya melalui aplikasi X, hari ini.

Kenyataan itu dibuat selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, mengarahkan DBKL supaya segera mengambil tindakan menebang pokok yang berisiko tinggi.

Ia susulan kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, di sini, minggu lalu, yang menyebabkan seorang mangsa terbunuh, manakala dua lagi cedera.

Kejadian ketika hujan lebat dan angin kencang itu turut menghempap sebanyak 17 kenderaan serta landasan monorel.

Dr Zaliha dilaporkan berkata, DBKL juga diarahkan menambahbaik Pelan Pengurusan Pokok Rendang dan menyediakan garis panduan baharu berkaitan pokok berusia atau berisiko tinggi.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *