PL: Singkir Manchester City Daripada Liga

PL: Singkir Manchester City Daripada Liga

Manchester City didapati mengatur kontrak 'palsu' dengan beberapa rakan komersial bagi 'meningkatkan pendapatan kelab dan mengurangkan kos sepanjang tempoh sembilan musim antara tahun 2009 hingga 2018. Foto Man City

LONDON, 30 Sep – Manchester City perlu disingkirkan daripada Liga Perdana Inggeris (PL) selepas didapati bersalah melanggar peraturan kewangan, kata bekas pengerusi kelab itu, David Bernstein.

City didapati mengatur kontrak ‘palsu’ dengan beberapa rakan komersial bagi ‘meningkatkan pendapatan kelab dan mengurangkan kos sepanjang tempoh sembilan musim antara tahun 2009 hingga 2018.

Skim itu menyembunyikan kedudukan kewangan sebenar mereka dan menyebabkan City mengelak daripada melanggar had perbelanjaan yang ditetapkan PL serta UEFA.

David Bernstein, pengerusi Man City dari tahun 1998 hingga 2003, berpendapat kelab yang berpangkalan di Stadium Etihad itu wajar menerima hukuman paling berat. Foto Reuters

Suruhanjaya bebas turut mendapati kelab itu bersalah atas majoriti pertuduhan berkaitan kegagalan mereka memberikan kerjasama dalam siasatan liga.

City boleh diturunkan divisyen, dikenakan potongan mata atau didenda dengan jumlah yang sangat besar.

Bagaimanapun, tiada hukuman dikenakan setakat ini dan City yang mendapat sokongan Abu Dhabi berkata mereka akan merayu keputusan berkenaan.

Namun Bernstein, yang pernah menjadi pengerusi City dari tahun 1998 hingga 2003, berpendapat kelab yang berpangkalan di Stadium Etihad itu wajar menerima hukuman paling berat.

“Ia benar-benar diluar jangkaan. Perkara pertama yang saya fikirkan ialah, patutkah barisan lembaga pengarah meneruskan tugas? Patutkah individu yang terbabit digantung serta-merta?

“Ia sangat serius. Saya fikir ia benar-benar teruk. Ada pandangan dalam kalangan peguam bahawa pendekatannya ialah menafikan, menafikan dan terus menafikan, tetapi ini sebuah kelab bola sepak yang sebahagian daripada liga dan seluruh kredibiliti liga kini dipertaruhkan.

“Hukuman tidak boleh sekadar berbentuk kewangan, jadi ia mesti jauh lebih berat daripada itu. Jika rayuan gagal, Manchester City tidak boleh kekal dalam liga, mereka mesti menerima akibatnya. Dan saya berkata demikian sebagai penyokong dan peminat,” kata Bernstein kepada BBC.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web