PL: Liverpool Benam Brighton, Bournemouth Hantar United ‘Masuk Gua’

IMG_9154

Pemain Liverpool meraikan penyokong selepas menewaskan Brighton 2-0 pada aksi di Anfield pada 25 Oktober 2026. Foto Liverpool FC

LIVERPOOL, 25 Okt – Liverpool mencatat kemenangan pertama di laman sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris (PL) musim ini menerusi persembahan mengagumkan menentang pasukan berprestasi tinggi, Brighton.

Dua gol dalam tempoh empat minit pada separuh masa pertama bermula dengan gol sendiri pemain tengah Seagulls, Pascal Gross disusuli jaringan keenam Alexander Isak musim ini meletakkan The Reds selesa mengawal perlawanan.

Mereka bagaimanapun berdepan risiko dibolosi sebelum gol-gol berkenaan terhasil namun percubaan pemain Brighton, Yasin Ayari, melambung tinggi melepasi palang susulan gerakan kemas pasukan pelawat.

Pemain Liverpool, Alexander Isak, menjaringkan gol kedua pasukannya menewaskan penjaga gol Brighton and Hove Albion, Bart Verbruggen pada 25 Oktober 2026. Foto Reuters

Kegagalan Ayari menyempurnakan peluang itu memakan diri apabila Liverpool mendahului pada minit ke-17 apabila rembatan Florian Wirtz, yang pada asalnya tersasar terbias ke dalam gawang sendiri oleh Gross yang tidak bernasib baik.

Liverpool berjaya mengekalkan kelebihan itu bagi memastikan kemenangan liga pertama Andoni Iraola di Anfield selaku pengurus Reds – menyusuli dua kemenangan tempat sendiri dalam saingan Liga Juara-Juara dan satu dalam Piala Liga sejak beliau menggantikan Arne Slot yang dipecat pada musim panas lalu.

Sementara itu, krisis Manchester United semakin meruncing apabila tewas memalukan 0-3 kepada Bournemouth di Old Trafford, sebentar tadi, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai masa depan pengurus, Michael Carrick.

Florian Wirtz antara watak penting dalam memastikan Liverpool mencatat kemenangan sulung di Anfield menewaskan Brighton 2-0 pada 25 Oktober 2026. Foto AFP

Kekalahan itu menyaksikan United meneruskan rekod tanpa kemenangan kepada lapan perlawanan dan kini menghuni tangga ke-16 Liga Perdana Inggeris (PL), hanya satu mata di atas zon penyingkiran.

Bournemouth yang dibimbing Marco Rose mempamerkan aksi cemerlang apabila menjaringkan tiga gol menerusi Rayan, Marcus Tavernier dan Evanilson untuk melakar kemenangan bergaya di gelanggang lawan.

Lebih mengecewakan buat penyokong tuan rumah, Bournemouth mencatat kemenangan 3-0 di Old Trafford buat kali ketiga dalam tempoh empat musim.

Bournemouth menambah derita Manchester United selepas menang 3-0 di Old Trafford pada 25 Oktober 2026. Foto Reuters

Keputusan berani Carrick menggugurkan kapten pasukan, Bruno Fernandes daripada kesebelasan utama turut mengundang perhatian apabila United gagal memberikan tentangan bermakna sepanjang perlawanan.

Fernandes sebelum ini mengkritik pendekatan taktikal Carrick selepas United dibelasah 1-4 oleh Como yang membuat penampilan sulung dalam Liga Juara-Juara.

Carrick menegaskan keputusannya merehatkan pemain terbaik PL musim lalu itu dibuat atas pertimbangan bola sepak semata-mata namun Fernandes kekal di bangku simpanan sepanjang perlawanan.

Tekanan terhadap Carrick semakin memuncak apabila penyokong Bournemouth melaungkan ejekan yang mendesaknya dipecat.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *