Peserta Acara Larian Meninggal Dunia Selepas Pengsan Di Putrajaya

Mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya menggunakan ambulans pada jam 6.52 pagi sebelum disahkan meninggal dunia dua minit kemudian pada 1 November 2026. Foto Janaan AI
PUTRAJAYA, 1 Nov – Seorang peserta larian dilaporkan meninggal dunia selepas dilaporkan pengsan secara tiba-tiba ketika menyertai acara sukan tersebut di Putrajaya, pagi tadi.
Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Fazimin Shahidan, 42, yang kemudiannya dikejarkan ke Hospital Putrajaya menggunakan ambulans pada jam 6.52 pagi sebelum disahkan meninggal dunia dua minit kemudian meskipun usaha rawatan kecemasan diberikan.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed memaklumkan bahawa hasil semakan awal mendapati mangsa tiada sebarang sejarah penyakit kronik.
Pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar tragedi berkenaan.
“Punca sebenar kematian masih belum dikenal pasti dan bedah siasat dijadualkan bagi melengkapkan siasatan kes.
Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan rasmi perubatan.
Salam Takziah Kepada Keluarga Dan waris Allahyarham serta Al-Fatihah.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

