Perompak ‘Raya Sakan’ Klinik Kesihatan Dipecah Masuk

Petugas kesihatan memeriksa keadaan pecah masuk selepas membuat laporan polis di Padawan, Kuching pada Selasa.

KUCHING, 18 Jun – Sebuah fasiliti kesihatan di Jalan Batu 10, Kota Padawan di sini dipecah masuk dan pelbagai barang dilaporkan hilang hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 10.39 pagi.

Menurutnya, anggota dari balai polis berhampiran telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Dalam kejadian ini, beberapa barang dilaporkan hilang, antaranya dua dapur gas, satu tong gas, pembesar suara, mikrofon, radio dan periuk nasi elektrik yang dianggarkan keseluruhan bernilai RM3,500,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Sarjan Muhammad Fardaus Musadad di talian 012-8963186.

  • Oleh Jeremy Lanson


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *