Permohonan BUDI Individu, BUDI Agri-Komoditi Naik Mendadak – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat MTEN Bilangan 4 Tahun 2024 hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 10 Jun – Jumlah permohonan diterima untuk bantuan tunai Budi Individu dan Budi Agri-Komoditi yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui https://budimadani.gov.my mengalami peningkatan mendadak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimaklumkan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 4 Tahun 2024 yang berlangsung hari ini.

Jelas beliau, mesyuarat MTEN Bilangan 4 Tahun 2024 antara lain membincangkan perkembangan semasa susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat MTEN Bilangan 4 Tahun 2024 hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kumpulan pertama individu layak akan menerima RM200 yang akan didepositkan ke dalam akaun bank mereka pada 10 Jun 2024,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Mesyuarat MTEN Bilangan 4 Tahun 2024 hari ini turut meneliti kertas “Pemerkasaan Industri Kereta Api”.

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, perbincangan terarah kepada kepentingan pelaksanaan segera rasionalisasi industri kereta api negara berdasarkan objektif Akta Keretapi 1991 (Akta 463).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat MTEN Bilangan 4 Tahun 2024 hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Selari dengan matlamat rasionalisasi subsidi, kerajaan giat memberi fokus kepada meningkatkan jaringan, infrastruktur dan mutu perkhidmatan pengangkutan awam.

“Mesyuarat turut memperincikan langkah-langkah memastikan perkhidmatan KTM Komuter, tren laju antara bandar (ETS) dan Ekspres Timuran oleh KTM Berhad memenuhi keperluan kekerapan dan jumlah penumpang semasa serta jangkaan masa hadapan,” katanya.

Anwar berkata, beliau menekankan kepentingan bagi isu-isu dasar dan pelaksanaan bagi keputusan-keputusan tersebut diselesaikan segera.

Ujar beliau, adalah penting bagi objektif serta kesan ekonomi dan sosial yang dihasratkan Kerajaan dapat dirasai rakyat mengikut jadual dan kesaling hubungan di bawah kerangka Malaysia MADANI dan Ekonomi MADANI.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *