Peranan FINAS Semakin Mencabar Dalam Membentuk Jati Diri Industri Filem Negara

Fungsi dan peranan FINAS kini dilihat semakin mencabar dalam memastikan industri perfileman negara bukan sahaja berkembang dari sudut komersial semata-mata. Foto PMO

PENDAPAT, 25 Ogos – Perasmian perdana Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bukan sekadar menjadi titik tolak baharu buat industri seni, malah menjadi cabaran baharu dalam memainkan peranan lebih besar membentuk minda segar dalam kalangan masyarakat.

Lantaran itu, fungsi dan peranan FINAS kini dilihat semakin mencabar dalam memastikan industri perfileman negara bukan sahaja berkembang dari sudut komersial, malah mampu membentuk masyarakat yang berbudaya, berilmu dan mempunyai nilai positif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

Dari kru penggambaran hinggalah kepada penerbit filem dan drama, sewajarnya sebagai agensi yang menerajui pembangunan industri perfileman negara, FINAS mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan karya tempatan berkualiti serta mampu bersaing di peringkat global tanpa mengabaikan nilai dan aspek kebebasan berkarya serta kebajikan penggiat seni itu sendiri.

Dengan lambakan dan saingan produk perfileman asing, kita mahu melihat FINAS lebih proaktif memainkan peranan utama termasuk mengkaji perubahan cita rasa penonton, khususnya generasi muda yang kini terdedah kepada kandungan antarabangsa melalui platform penstriman dalam talian dan media sosial.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

Saranan Anwar yang mahu nilai filem tempatan tidak hanya membawa acuan dan nilai tempatan, malah turut menawarkan jalan cerita yang menarik, kreatif dan moden tanpa mengorbankan identiti, nilai budaya serta jati diri masyarakat Malaysia, amat bertepatan dengan slogan ‘Filem Kita, Wajah Kita’.

Filem juga mempunyai kuasa besar untuk mempengaruhi pemikiran dan membentuk persepsi dan minda rakyat menerusi karya berbentuk patriotik dan membentuk jati diri bangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

Justeru, penghasilan karya yang mengetengahkan nilai perpaduan, hormat-menghormati, integriti, kekeluargaan dan keharmonian masyarakat perlu terus digalakkan. Kita juga mahu imej kandungan berkonsepkan bangsa Malaysia diperkasa yang mampu memperkenalkan kepelbagaian budaya dan warisan negara kepada penonton antarabangsa.

FINAS sendiri wajar memberi penekanan kepada pembangunan kandungan berkualiti, promosi strategik menembusi pasaran antarabangsa, pembangunan bakat serta peningkatan daya saing industri bagi membolehkan filem negara diangkat ke peringkat global sepanjang masa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

Usaha membawa filem Malaysia ke pasaran global juga penting supaya karya tempatan bukan sekadar menjadi hiburan, tetapi menjadi medium diplomasi budaya.

Pasukan pentadbiran FINAS bukan sekadar hanya boleh berbangga melalui jumlah filem dan kutipan box office, tetapi juga sejauh mana filem Malaysia mampu membentuk generasi muda serta membawa mesej positif negara ke pentas dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

Kerjasama semua pihak termasuk Kementerian Komunikasi diterajui Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) amat dituntut dalam segala aspek bagi membantu FINAS terus cemerlang dengan karya asli tempatan mampu memasuki lebih banyak festival filem antarabangsa seperti Cannes di Perancis yang menjadi kebanggaan negara.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *